Perkara yang Tuan Rumah perlu tahu jika hendak menjual rumah:
Untuk pengetahuan tuan rumah yang ingin menjual rumah dan meggunakan khidmat perunding hartanah. Tuan rumah perlu menandatangani surat lantikan dengan perunding hartanah. Tuan rumah perlu mengetahui jenis lantikan yang ditandatangani dan secara am nya ada 2 jenis iaitu “Exclusive and General Listing”. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Exclusive
“Exclusive Listing” bermaksud hanya seorang perunding hartanah sahaja yang diberi lantikan atau hanya seorang perunding hartanah sahaja yang boleh menjual rumah tersebut. Perunding-perunding hartanah lain tidak boleh dilantik oleh tuan rumah. Jika ada lantikan “General” sebelum ini lantikan tersebut terbatal. Kebiasaanya perunding hartanah yang mendapat lantikan “General” sebelum ini biasanya akan menurunkan iklan-iklan mereka.
Kelebihan
- Tuan rumah hanya perlu berurusan denan seorang perunding hartanah sahaja.
- Kebiasaanya lebih mudah dari segi nak mendapatkan harga yang tuan rumah tetapkan.
Kekurangan
- Ada kemungkinan rumah lebih lambat untuk dijual kerana secara amnya lebih kurang perunding hartanah yang dilantik makin kurang iklan.
General
“General Listing” bermaksud tuan rumah boleh melantik sebanyak mana perunding hartanah untuk menjual rumah. Perunding hartanah yang paling cepat mendapatkan pembeli akan meguruskan jual beli rumah yang ingin dijual.
Kelebihan
- Semakin ramai perunding hartanah yang dilantik semakin banyak iklan rumah yang hendak dijual. Jadi peluang untuk rumah itu dijual dengan lebih cepat adalah tinggi.
Kekurangan
- Kekurangannya dari segi harga rumah yang hendak dijual. Perunding-perunding hartanah mungkin boleh dapatkan pembeli dengan cepat tetapi dengan tawaran harga yang lebih murah dari yang ditetapkan tuan rumah. Perunding-perunding hartanah akan berlumba-lumba membawa pembeli walaupun harga yang ditawarkan pembeli lebih rendah. Walau bagaimanapun ianya masih terpulang pada tuan rumah untuk menerima atau tidak tawaran harga daripada pembeli.
- Tuan rumah perlu berurusan dengan ramai perunding hartanah.
Kesimpulan
Tuan rumah perlu ambil tahu mengenai jenis lantikan yang diberikan kepada perunding hartanah. Supaya tidak berlaku kekeliruan antaranya apabila tuan rumah ingin melantik ramai perunding hartanah tetapi menandatangani lantikan “Exclusive” tanpa mengetahui. Ataupun telah melantik ramai perunding hartanah melalui lantikan “General” tetapi selepas itu menandatagani pula lantikan “Exclusive” maka menyebabkan lantikan-lantikan “General” sebelum ini terbatal. Kebiasaanya perunding hartanah yang mendapat lantikan “General” sebelum ini biasanya akan menurunkan iklan-iklan mereka.