Lot Bumiputera, Lot Non Bumi, Rezab Melayu

Secara asasnya lot hartanah terbahagi kepada 3 jenis iaitu Lot Bumiputera, Lot Non Bumi dan Rezab Melayu. Jenis-jenis lot hartanah ini menentukan siapa yang boleh membeli dan memiliki hartanah tersebut. 

Apa itu Lot Bumiputera?
Lot rumah yang berstatus Lot Bumiputera ialah rumah yang hanya boleh dibelì, pindah milik dan dimiliki oleh bumiputera sahaja. Siapa yang dimaksudkan sebagai bumiputera? Seperti sedia maklum kaum melayu akan dianggap bumiputera. Tetapi bukan kaum melayu sahaja yang layak untuk memiliki lot bumiputera. 

Berdasarkan "PEKELILING PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN JOHOR BIL 3/2008. KAJIAN SEMULA SYARAT MEMBELI LOT BUMIPUTERA. Fail : Bil (4) dlm PTG (AM 299 Jld 1 /PTG48/73-25)

Tarikh : 14 Mei 2008." Berìkut adalah golongan yang layak membeli/memiliki hartanah yang berstatus bumiputera dan golongan di bawah mestilah juga warganegara Malaysia:

Kumpulan orang Asli Semenanjung Malaysia iaitu Negrito, senoi serta Melayu Proto.
  • Melayu
  • Bumiputera Sabah dan Sarawak
    1. Sarawak: Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kedayan, Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit
    2. Sabah: Kadazan, Bajau Darat, Bajau Laut, Dumpas, Dusun, Idahan, Ilanun, Kwijau, Murut, Mangka'an, Maragang, Minokok, Lotud, Lun Dayeh, Bisayah, Kedayan, Orang Sungai, Pulau Cocos, Paitan, Rumanau, Rungus, Suang Latut, Sino - Native, Sulu, Tambanuo, Tidong dan Brunei
  • Kelonggaran boleh diberikan kepada mereka yang telah berkahwin dengan orang asli, pribumi Sabah dan Sarawak
  • India Muslim
  • Malbari
  • Syed/Sheikh/Sharifah/Siti
  • Mualaf berkahwin dengan Mualaf (tetapi kebenaran diberikan bersyarat dan dokumen tambahan perlu disediakan).
Walau bagaimana pun untuk keadaan - keadaan tertentu lot rumah bumiputera ini boleh ditukar kepada non bumi lot dan dipindah milik kepada golongan bukan bumiputera.

Apa itu Non Bumi Lot?
Rumah atau tanah yang berstatus non bumi lot bermaksud ianya boleh dimiliki oleh semua rakyat Malaysia sama ada bumiputra ataupun bukan bumiputra, ianya terbuka untuk semua.

Apa itu Rezab Melayu?
Hartanah atau lot rumah yang berstatus Rezab Melayu hanya boleh dimiliki oleh Melayu Islam. Orang Asli Sabah dan Sarawak serta orang Islam yang bukan Melayu ti dak boleh memiliki hartanah atau lot rumah yang berstatus Rezab Melayu.

Maklumat mengenai status lot tanah perumahan boleh didapati di dalam geran rumah.