Margin Pinjaman Bank

Apa itu margin pinjaman bank? Ia adalah istilah yang selalu muncul apabila pembeli-pembeli rumah memohon pinjaman bank. Margin pinjaman bank ialah peratusan pinjaman yang diberikan daripada harga rumah. Sebagai contoh margin pinjaman adalah 90% maka jika harga rumah RM 100,000 bermaksud pinjaman yang di berikan adalah RM 90,000 sahaja. Baki perlu dibayar tunai. Margin pinjaman bank ini bergantung kepada rumah ke berapa yang dibeli. Ianya juga bergantung kepada jumlah pendapatan dan sebagainya. 


                                                                            Margin Pinjaman 

                                                                            Rumah Pertama 100% 

                                                                            Rumah Kedua 90% 

                                                                            Rumah Ketiga 70% 


Untuk rumah pertama pembeli boleh dapatkan 100% margin pinjaman melalui skim rumah pertama jika pembeli memenuhi syarat. Atau juga disebut (Full Loan) atau pinjaman penuh. Jika pembeli tidak layak untuk pinjaman penuh untuk rumah pertama biasanya pembeli akan diberi 90% margin pinjaman sahaja. 

Untuk rumah kedua maksimum margin pinjaman hanya diberi sebanyak 90%. Untuk rumah ketiga pula maksimum margin pinjaman hanya diberi sebanyak 70%. Jika harga rumah RM 100,000 bermaksud pinjaman yang di berikan adalah RM 70,000 sahaja. Jadi perlu sediakan jumlah tunai yang banyak jika berminat untuk mengumpul rumah. 

Pembeli juga perlu mengambil kira lain-lain cas seperti yuran guaman dan sebagainya kerana tidak termasuk dalam harga rumah.