Proses Beli Rumah Subsales (Kakitangan Kerajaan)

 
Periksa Kelayakan Pembiayaan Pembeli
Jika pembeli perlukan pembiayaan pinjaman butiran seperti jumlah pendapatan, jumlah komitmen, jenis pekerjaan perlu dinyatakan untuk membolehkan pengiraan anggaran jumlah maksimum pinjaman yang boleh diluluskan. Untuk pembeli tunai boleh langkau step ini.

Periksa Rumah
Pembeli akan dibawa untuk memeriksa keadaan rumah. Jika harga rumah dibuka untuk tawar menawar. Ini adalah masanya untuk pembeli membuat penawaran harga.

Bayar Booking 3.18% daripada harga rumah
Setelah pembeli setuju untuk membeli rumah. Pembeli hendaklah membayar booking sekurang-kurangnya 3.18% daripada harga rumah sebagai tanda setuju. Duit booking akan dipulangkan sekiranya permohonan pinjaman bank tidak lulus. Duit booking akan dikira hangus jika pembeli lulus permohonan pinjaman bank tetapi ubah fikiran atau tidak mahu meneruskan pembelian. Jadi pembeli harus fikir masak-masak sebelum membayar booking.

Permohonan Pembiayaan LPPSA 1 Bulan - 1 Bulan Setengah
Permohonan pembiayaan pinjaman akan diproses. 

Peguam akan sediakan Dokumen Perjanjian Jual & Beli Rumah (S & P) 1 Minggu

Tandatangan Perjanjian S&P
Pembeli perlu ke pejabat peguam untuk menandatagani Dokumen Perjanjian Jual & Beli Rumah (S & P)

Tandatangan Perjanjian Pinjaman LPPSA
Setelah pembeli berjaya mendapatkan pinjaman daripada LPPSA pembeli perlu menandatangani perjanjian pinjaman. 

Boleh mohon pengeluaran KWSP untuk bayar baki deposit 6.82%
Diantara tujuan yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang simpanan KWSP ialah untuk membayar wang deposit pembelian rumah. Hanya pengeluaran dari akaun 2 KWSP yang dibenarkan. Jika loan margin 100% atau full loan, maksimum pengeluaran kwsp adalah 10% daripada harga rumah. Jika loan margin 90% atau full loan, maksimum pengeluaran kwsp adalah 20% daripada harga rumah.

Penukaran Hak Milik akan diproses peguam
Tempoh Menunggu 5 - 6 Bulan untuk Pembiayaan Kerajaan dan perlu tambah + 2 Bulan jika pembeli membeli rumah low/medium cost.

Serahan Kunci