Proses Beli Rumah Subsales (Pekerja swasta)

 

Periksa Kelayakan Pembiayaan Pembeli

Jika pembeli perlukan pembiayaan pinjaman butiran seperti jumlah pendapatan, jumlah komitmen, jenis pekerjaan perlu dinyatakan untuk membolehkan pengiraan anggaran jumlah maksimum pinjaman yang boleh diluluskan. Untuk pembeli tunai boleh langkau step ini.

Periksa Rumah

Pembeli akan dibawa untuk memeriksa keadaan rumah. Jika harga rumah dibuka untuk tawar menawar. Ini adalah masanya untuk pembeli membuat penawaran harga.

Bayar Booking 3.18% daripada harga rumah

Setelah pembeli setuju untuk membeli rumah. Pembeli hendaklah membayar booking sekurang-kurangnya 3.18% daripada harga rumah sebagai tanda setuju. Duit booking akan dipulangkan sekiranya permohonan pinjaman bank tidak lulus. Duit booking akan dikira hangus jika pembeli lulus permohonan pinjaman bank tetapi ubah fikiran atau tidak mahu meneruskan pembelian. Jadi pembeli harus fikir masak-masak sebelum membayar booking.

Permohonan Pembiayaan 14 Hari - 21 Hari

Dokumen lengkap akan dihantar ke bank-bank untuk memohon pembiayaan pinjaman. Bank akan telefon pembeli untuk pengesahan dan sebagainya.

Tandatangan Perjanjian Pinjaman Dengan Bank

Setelah pembeli berjaya mendapatkan pinjaman daripada bank pembeli perlu ke bank yang luluskan pinjaman untuk menandatangani perjanjian pinjaman. 

Peguam akan sediakan Dokumen Perjanjian Jual & Beli Rumah (S & P) 1 Minggu

Tandatangan Perjanjian S&P

Pembeli perlu ke pejabat peguam untuk menandatagani Dokumen Perjanjian Jual & Beli Rumah (S & P)

Boleh mohon pengeluaran KWSP untuk bayar baki deposit 6.82%

Diantara tujuan yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang simpanan KWSP ialah untuk membayar wang deposit pembelian rumah. Hanya pengeluaran dari akaun 2 KWSP yang dibenarkan. Jika loan margin 100% atau full loan, maksimum pengeluaran kwsp adalah 10% daripada harga rumah. Jika loan margin 90% atau full loan, maksimum pengeluaran kwsp adalah 20% daripada harga rumah.

Penukaran Hak Milik akan diproses peguam

Tempoh Menunggu 3 - 4 Bulan untuk Pembiayaan Bank dan perlu tambah + 2 Bulan lagi masa menunggu jika beli rumah low/medium cost]

Serahan Kunci