Subsales VS Undercon

Apa itu Subsales?

Subsales dalam bahasa mudah ialah rumah second hand. Subsales adalah terma yang kebanyakannya digunakan agen hartanah. Rumah subsales ialah rumah yang telah dibeli dari pemaju oleh individu mahupun syarikat. Kemudian pemilik ingin menjual rumah tersebut.

Apa itu Undercon?

Undercon ialah rumah "under construction" atau projek perumahan baru. Pembelian rumah oleh bakal pemilik daripada pemaju sama ada secara terus atau melalui agen.Pembelian boleh berlaku ketika projek perumahan belum lagi bermula, sudah separuh siap ataupun baru siap.

Subsales VS Undercon

Kelebihan membeli rumah subsales

1. Masa menunggu yang pendek untuk terima kunci. Anggaran hanya sekitar 6 bulan ke 8 bulan termasuk urusan loan, tukar nama dan sebagainya.

2. Kemudahan yang lengkap. Kebiasaannya kawasan rumah yang lama mempunyai kemudahan yang sedia ada lebih baik kalau nak dibandingkan dengan kawasan perumahan baru. Kemudahan seperti kedai runcit, sekolah, stesen petrol, kedai makan, klinik dan sebagainya. Semuanya bergantung juga kepada kawasan perumahan yang dipilih.

Kekurangan membeli rumah subsales

1. Reka bentuk lama. Ini bergantung pada bila rumah subsales yang anda beli ini dibuat. Makin lama, maka makin lama lah reka bentuk rumah tersebut. Jika tidak ada ubah suai yang dibuat oleh pemilik lama.

2. Kondisi yang tidak seperti rumah baru. Sistem pendawaian, sistem paip yang lama. Walaupun hakikatnya sistem pendawaian dan sistem paip ini boleh dipakai untuk jangka masa yang lama. Tetapi mungkin akan ada masalah juga untuk rumah yang pemilik lamanya ada membuat renovasi tetapi banyak mengurangkan kos renovasi.

Kelebihan membeli rumah undercon

1. Ada warranty daripada pemaju. Hampir kesemua pemaju memberikan warranty untuk rumah undercon. Tempoh warranty juga bergantung kepada pemaju. Jika ada kerosakan atau kebocoran pada rumah pemaju akan baiki tanpa sebarang kos. Walau bagaimanapun ini bergantung 

2. Reka bentuk yang terkini. Rumah baru semestinya akan dibina berdasarkan reka bentuk terkini.

Kekurangan membeli rumah undercon

1. Masa menunggu yang boleh jadi lama kerana adanya risiko kelewatan daripada tarikh asal jangkaan projek akan siap dan adanya juga risiko projek terbengkalai. Pembeli di nasihatkan semak pemaju sebelum membeli. Ianya juga bergantung kepada berapa peratus projek itu telah siap ketika anda membeli rumah tersebut.

2. Kemudahan yang kurang. Kemudahan seperti kedai runcit, sekolah, stesen petrol, kedai makan, klinik dan sebagainya mungkin tiada dan jika ada pun mungkin agak jauh dari kawasan perumahan baharu. Kalau hendak dibandingkan dengan kawasan perumahan lama. Bagaimanapun ianya bergantung juga kepada kawasan perumahan yang dipilih.